2010 : Konvensyen 5S/QE MPC


Selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa Malaysia ke status ekonomi berpendapatan tinggi melalui peningkatan produktiviti dan kecemerlangan bisnes, Perbadanan Produktiviti Malaysia telah menganjur Konyensyen Kebangsaan Persekitaran Berkualiti bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Objektif utama konvensyen adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan menerapkan nilai-nilai yang diperlukan dalam sistem persekitaran berkualiti, berkongsi pengalaman dengan pengamal persekitaran berkualiti dan membincangan teknik dan pendekatan yang sistematik untuk mengekalkan budaya kerja pesekitaran kualiti.

Program ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada organisasi berjaya dalam Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan. Inisiatif persekitaran berkualiti boleh dijadikan asas kearah penambahbaikan berterusan didalam sistem penyampaian perkhidmatan serta menambah nilai budaya untuk produktiviti dan keupayaan berinovasi. Prinsip-prinsip Persekitaran Berkualiti seperti disiplin, kecekapan, kepantasan, keselamatan, inovasi dan semangat kerjasama adalah ciri-ciri organisasi cemerlang.


Kertas 1
Quality Environment Standard
En Mokhzani Aris Mohd Yusoff  - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Kertas 2
Amalan 5S di Jabatan Pendaftaran Negara : Impaknya ke Atas Peningkatan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
En. Mohammad Razin Abdullah - Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya (JPN)

Kertas 3
Quality Environment Best Practices at PERODUA
En. Abidullah Mohd Omar -  PERODUA Manufacturing Sdn Bhd

Kertas 4
Quality Environment Best Practices : TNB Experiences
En. Sharif Shamsudin - Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kertas 5
Leveraging 5S Quality Environment for Performance Excellence
En. Harnek Singh - Singapore Technologies Engineering Ltd (SINGAPORE)